Sunday, April 28, 2013

NADA SYAHDU nurkilan hati

Assalamualaikum...

terlalu banyak luka..terlalu banyak pedih yang sudah aku rasai...
satu per satu episod duka aku tempuh..tak pernah henti...
namun aku tahu, aku kuat..aku kian tabah bila di uji begini..
tapi torehan itu kadang kala menusuk terlalu dalam..
hingga sakitnya tak tergambar dengan kata-kata..
fahamilah kalian, aku cuma insan biasa..
mahu rasa apa yang kau rasa,
mahu ada apa yang kau ada,
andai bisa aku merayu hentikan semua ini,
relaku rebahkan lutut memohon agar berhentilah derita ini..
tawa hilaiku pengubat sengsara..hanya hati yang tahu..
bukan niat mengheret duka lama, apatah lagi membuka pekung di dada.
cuma parut ini sering mengimbau musabab lukanya..
setiap torehan luka, parut terpahat hingga kini..
walau sejauh mana kau pergi,
walau sejauh mana aku lari,
parut itu tetap di sini..tetap di hati ini..
bagaimana aku mahu jalani, setapak dua lagi perjalanan ini..
membuka hati, menerima lagi pisau-pisau yang bakal menghiris..
aku tak mahu lagi rasa itu..
aku tak mahu lagi pedih sebegitu..
cukuplah..cukup ini yang terakhir aku melaluinya...
kaki ini melangkah gagah demi saki baki kepingan hati yang tinggal..
cukup besar ujian Mu ya Allah...
cukup teruji aku dengan semua ini..
Alhamdulillah...Allahuakbar...