Sunday, March 31, 2013

BANTU SAYA .....

tabahkan hati Qistina!
Assalamualaikum...



hurmmm.....saya perlukan bantuan kalian.saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan hati yang kosong akibat di buang jauh oleh orang yang tak bertanggungjawab.saya mahu hidup normal seperti sediakala.tapi bagaimana......saya dah cuba terima seberapa banyak hakikat yang berlaku tetapi semua nya seperti kuat pada awalnya sahaja.sape yang mahu dirinya dilihat lemah kan?saya tak mahu...tapi jangan lah kalian semua pikir saya asyik menangis je.tak.saya langsung tak menagis.kerana saya bukan bersedih.saya cuma sakit.setakat ni Alhamdulillah, saya tak kelihatan pun seperti orang yang sedang sakit.saya mampu mengawal keadaan.tapi bila bersendirian, rasa pedih itu datang tanpa perasaan.kejam! 

jauh di sudut kecil hati ini berharap jiwa ini segera pulih & mampu meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa perlu memikirkan apa, kenapa, bagaimana,apatah lagi siapa.ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu, berikanlah aku ketenangan yang damai agar jiwa aku kembali bersih, & pemikiran aku waras. ya Allah, jjika semua ini adalah ujian dari Mu, aku redha.aku terima segala ketentuan Mu. 

kawan2 yang saya sayangi...sekiranya anda ada pendapat yang bernas & bagus untuk saya amalkan, mesej la saya k.saya sangat memerlukan sokongan kuat dari kalian pada masa ini...Jasa baik kalian, Allah sahaja yang mampu membalasnya..

selamat malam semua.

2 comments: