Friday, March 22, 2013

Selamat Tinggal Baling, Kedah.

sebahagian drpd Staff2 PBSSB Baling, Kedah....gonna miss u guys...
Assalamualaikum!

fuhhh....macam tak caya hari ni da de kat Lenggong....hari ni busy sket lah kemas barang2 basuh sesiap kain baju..esok nak travel jauh.....da pegi sane nanti tak tahu bile plak dapat balik kampung lagi.....pagi2 lagi ibu da masuk bilik ajak bersembang...rindu anak kesayangan dia lah tew....hihi....

hurmmmm.....ape2 pun saya nak mulakan hari saya dengan senyuman setiap hari...try my best to be positive...saya kena serapkan slow2 element tu dalam diri saya supaya saya jadi lebih baik selepas ni...Insyaallah~hihi

haaa!! nak kena citer nih...semalam kan...masa singgah kat Gerik, al kisah nya nak jumpa seorang kawan baru, agak nye neves kot, turun je keta... duppp!! tutup pintu keta...pastu tiba2, terasa macam tangan tak pegang kunci keta!!!! adoiaiiii....tertinggal baek punya kunci tu kat dalam keta....sekali lagi tertinggal kunci dalam keta..(hari tu kat Baling)....duplicate key plak pun kat dalam beg dalam keta!! nak tak nak terpaksa call ayah mintak datang Gerik anta kunci....(seb baek da kat Gerik masa tu)....Sorry cikgu Nuar, angah tak sengaja...lagipun saje nak suh ayah exercise keta tu sket mlm2...keta tu asyik tido je,...hehe~ 

sebelum tu, suka untuk saya nyatakan di sini, bahawa ini semua bukan lah nyanyuk k....jangan suke2 aty nak ckp saya nyanyuk...sekeh baru tau....haha~ade beza tau nyanyuk ngan lupa...tak caye, meh saya gitaw ;

PERBEZAAN LUPA DAN NYANYUK

LUPA dan nyanyuk adalah dua istilah yang sangat berbeza. Lupa adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu seperti lupa sekejap. Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya," kata Prof. Madya Dr. Raymond mengenai perbezaan antara keduanya bagi mengelakkan kekeliruan antara kedua-dua istilah ini.

Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan.

Dalam istilah perubatan dan psikologi, lupa juga dikenali sebagai amnesia dan terbahagi kepada beberapa jenis. Lupa paling kerap dialami individu ialah: 

1. Lupa secara spontan 

Lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar mengabaikan sesuatu perkara dan cuai. 

2. Sindrom otak pasca traumatik 

Biasanya ia berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga menimbulkan kecederaan ke atasnya. 

3. Sindrom otak organik 

Ia disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol secara berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawalan. Ini boleh menyebabkan perubahan ke atas fungsi otak. 


# saya rasa saya yang no 1 tu....saya selalu lupa ape yang saya da baca, da buat, kat mne letak barang, ape yang da di bualkan....bahaya betol. sebab tu la saya berjinak2 menulis sekarang ni...selain nak jadikan hobi, saya juga harap ni sume akan buat saya lebih kuat daya ingatan dengan membaca semula notes saya ataupun ape yang saya da tulih kat dalam diari / blog / nota harian saya. Dannn!! saya juga tahu, dengan menghafal surah2 al Quran, ingatan kita juga bleh menjadi lebih baik..JOM amalkan!! 

haaa...jelas???kalo belum...korang pegi lah library cari buku berkaitan dengan penyakit lupa nih atau pun google je kat tenet...yang pasti, kalo kita hidup ber'kawan' tu, saling ingat mengingati lah....mne tau kita ade kawan yang macam ni,...setidak2 nya kita dapat tolong dia pulih secara tak langsung bleh tingkatkan kadar konfiden dalam diri orang tu k...xde lah dia malu sebab asyik tertinggal barang, terlupa itu, terlupa ini...nasihat ni bukan untuk korang je, tapi untuk saya juga & untuk semua.

BTW, saya nak ucapkan selamat tinggal buat semua staff PBSSB Baling Kedah yang sangat baik dengan saya sepanjang saya berkhidmat di sana....dorongan & sokongan yang kalian berikan tu sangat bermakna buat saya....yang pasti saya assisstant manager paling comel hokay!!haha~ korang jaga diri baik2....makan sedap2 tu jangan lupa kakQis....ngeh3~ Love U all <3


No comments:

Post a Comment